Mengalami Kasih dan Pengampunan Tuhan
Mengalami Kasih dan Pengampunan Tuhan
Apabila seseorang pemandu memotong kereta anda, kawan sekelas menghina anda, pasangan hidup anda terlupa untuk memberi tumpang kepada anda--semua ini hanya perkara remeh. Tapi tiba-tiba anda menjerit dan menyumpah, tidak dapat dikawal. Atau, anda mendapati anda digoda oleh tindakan dan sikap lain, seperti gosip atau perasaan marah dan kecewa, yang mengalihkan tumpuan anda daripada Tuhan.
Perkataan "dosa" bermakna tidak mencapai sasaran atau taraf. Apabila kita buat sesuatu sesuka hati dan bukan apa yang Tuhan kehendaki, kita berdosa. Bila tabiat dan sikap lama mula terasa, jangan kecewa. Anda masih anak Tuhan. Tetapi dosa mengganggu hubungan rapat dan komunikasi anda dengan Tuhan. Dosa menghalang kita daripada mengalami kasih-Nya.
Kita semua berbuat dosa walau pun kita orang Kristian. Itulah sebabnya kita memerlukan pengampunan Tuhan setiap hari.
1. Dasar untuk kasih dan pengampunan Tuhan
"Sebab juga Kristus telah mati sekali untuk segala dosa kita, Dia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar, supaya Dia membawa kita kepada Tuhan; Dia, yang telah dibunuh dalam keadaan-Nya sebagai manusia, tetapi yang telah dibangkitkan menurut Roh, ..." (1 Petrus 3:18).
Apabila Yesus mati untuk kita, dia memungkinkan kita ada suatu hubungan dengan Tuhan. Kematiannya juga mengizinkan kita menuntut pengampunan Tuhan setiap hari.
"Anda juga, meskipun dahulu mati kerana dosamu dan oleh kerana tidak disunat secara lahiriah, telah dihidupkan Tuhan bersama-sama dengan Dia, sesudah Dia mengampunkan segala dosa kita, dengan menghapuskan rekod yang mengandungi semua perkara yang kita dituduh. Dan itu dimusnahkan-Nya dengan memakukannya pada kayu salib" (Kolose 2:13,14).
Apabila petikan ini ditulis, perkataan "rekod" merujuk kepada satu senarai jenayah yang seseorang banduan dijatuhkan hukuman. Senarai ini dipakukan ke pintu penjara. Sebaik saja hukuman penjara telah dijalani sepenuhnya, banduan itu boleh mengunakan rekod yang dibatalkan itu sebagai bukti bahawa dia tidak boleh dihukum kerana jenayah-jenayah itu sekali lagi.
Begitu juga, apabila kita mempercayai bahawa Yesus telah membayar hutang dosa kita, kita tidak akan dihukum sekali lagi selama-lamanya. Kita memperolehi pengampunan penuh daripada Tuhan.
"Tidak dilakukan-Nya kepada kita setimpal dengan dosa kita, dan tidak dibalas-Nya kepada kita setimpal dengan kesalahan kita, tetapi setinggi langit di atas bumi, demikian besar kasih setia-Nya atas orang-orang yang takut akan Dia; sejauh timur dari barat, demikian dijauhkan-Nya daripada kita dosa kita" (Mazmur 103:10-12).
a) Menurut ayat ini, apakah yang Tuhan telah lakukan untuk dosa anda?
b) Yesus telah mati untuk berapa banyak daripada dosa-dosa anda?
c) Bila Yesus mati di kayu salib untuk anda 2,000 tahun dahulu, berapakah daripada dosa-dosa anda adalah dilakukan pada masa depan? (jawapan di bawah)
2. Mengalami kasih dan pengampunan Tuhan setiap hari
Walau pun anda diampunkan sepenuhnya, anda masih perlu mengakui dosa yang dilakukan sehari-harian supaya kekal menikmati hubungan rapat dengan Tuhan.
Pengakuan--Setuju dengan Tuhan tentang Dosa
"Jika kita mengaku dosa kita, maka Dia adalah setia dan adil, sehingga Dia akan mengampunkan segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan" (1 Yohanes 1:9).
Apabila Tuhan mengingati kita tentang sesuatu dosa dalam hidup anda, akuilah dosa itu. Pengakuan bermakna
Bersetuju dengan Tuhan bahawa anda telah berbuat dosa.
Mengucap syukur kepada Tuhan kerana Dia telahpun mengampukan anda.
Mempercayai Tuhan untuk mengubahkan sikap-sikap dan tindakan yang salah.
Berpatah balik kepada Tuhan dan jauhkan daripada dosa anda, dan bukan merasa bersalah. Pertaubatan ini mengizinkan anda untuk mengalami kasih dan pengampunan Tuhan. Tindakan ini memulihkan hubungan rapat antara anda dengan Dia.
Bagaimana Mempraktikkannya
Sekarang juga, atau malam ini sebelum anda tidur:
Minta Tuhan memperlihatkan sebarang dosa dalam hidup anda.
Dengan penuh jujur, senaraikan semuanya di atas sekeping kertas: ini hanya antara anda dengan Tuhan.
Selepas selesaikannya, tulis di atas kertas janji 1 Yohanes 1:9
Mengucap syukur kepada Tuhan kerana menyediakan pengampunan melalui kematian Yesus di atas kayu salib.
Koyakkan senarai itu dan buangkannya.
a) Berapa kerap anda perlu mengakui dosa kepada Tuhan?
b) Bilakah anda harus mengakui sesuatu dosa?
(jawapan di bawah)
Mengalami Hasilnya
"Dosaku keberitahukan kepada-Mu dan kesalahanku tidaklah kusembunyikan; aku berkata: 'Aku akan mengaku kepada Tuhan dosa-dosaku,' dan Engkau mengampuni kesalahan kerana dosaku" (Mazmur 32:5).
Bagaimana jika anda masih merasa bersalah selepas anda mengakui dosa anda?
Percayalah pada Firman Tuhan, Alkitab, yang mengatakan ada diampunkan. Jangan bergantung pada perasaan anda.
Jika anda tidak mengakui dosa, anda barulah harus merasa bersalah.
Berdasarkan apa yang dijelaskan tadi tentang perasaan bersalah dan pengampunan, bagaimanakah anda ingin menyelesaikan ayat ini? Apabila saya telah mengakui semua dosa saya, saya ...
Cadangan-cadangan untuk Pertumbuhan Selanjutnya
Cuba meluangkan masa seorang diri selama 15 minit setiap hari untuk mengenali Tuhan lebih mendalam melalui pembacaan Alkitab dan doa. Di sini ada beberapa cadangan:
1. Jika anda masih tidak memiliki sebuah Alkitab, dapatkan satu (rujuk pelajaran 1). Sementara itu, mulai membaca Injil Yohanes.
2. Baca cerita Yesus tentang pemuda yang melarikan diri dan menghabiskan harta warisannya (Lukas 15:11-32). Apakah cerita ini mengambarkan tentang hubungan kita dengan Tuhan, pengampunan, dan persekutuan dengan-Nya?
3. Baca Galatia 5:16-23. Perhatikan bagaimana membiarkan Tuhan bekerja dalam hidup anda boleh membawa perubahan. Ketika anda menyedari bahawa terdapat sesuatu aspek dalam hidup anda yang tidak menyenangkan Tuhan, atasinya mengikut 1 Yohanes 1:9 dan nikmatilah semula hubungan intim dengan-Nya.
Kesimpulan
Dengan sentiasa mengakui dosa-dosa kita kepada Tuhan dan mempercayai pengampunan-Nya, kita boleh mengalami kasih dan hubungan rapat dengan-Nya setiap hari.
Jawapan:
1a) Tuhan telah mengampunkan dosa anda. b) Semua. c) Semua.
2a) Hanya sekali. b) Sebaik saja anda menyedari itulah dosa.